Monday, December 20, 2010

Pak Ngah Husin, Yala, Thailand.

Pak Ngah Husin
Pak Ngah Husin menceritakan asal mula kampung Membala. Katanya, dahulu orang Siam naik gajah singgah di kampung itu. Mereka mengembala gajah mereka. Perkataan mengembala dalam bahasa Melayu disebut Membala dalam sebutan orang Siam. Maka jadilah nama kampung itu kampung Membala. Gajah-gajar tersebut dibawa sampai ke Patani. Di sana mere lihat kawasan rendah berair. Gajah-gajah itu dibawa turun ke pinggirnya untuk memastikan tempat apakah itu. Orang-orang Siam tersebut menyebut pattaini (pantai ini) lalu jadilah namanya Patani. Pekan Raman itu di kalangan warga tempatan disebut sebagai pekan Kabu. Orang Siam tidak suka nama itu lalu ditukarkan kepada Raman. Namun, sampai kini di kalangan warga tempatan, nama Pekan itu masih disebut Kabu.

Pak Ngah Husin, dahulu bekerja sebagai guru ilmu hisab di sebuah sekolah kerajaan Thailand di daerah Yala. Kini dia sudah pencen dengan bayaran pencen bulan sebanyak 180,000 kok (kira RM1800.00. Kedudukan ekonominya agak kukuh kerana dia dan isterinya mewarisi tanah pusaka orang tua mereka yang terdahulu beruapa tanah-tanah yang kini dalam bentuk kebun getah dan sawah bendang. Di samping itu anak-anaknya pun sudah besar dan berpendidikan tinggi serta punya kerjaya yang baik.

Kehidupan Pak Ngah Husin kini memenuhkan masa lapangnya dengan aktiviti keagamaan. Kebetulan 'gemulah' mentuanya meninggalkan sebidang tanah yang diwaqafkan dan dibangunkan masjid di pinggir rumahnya. Pak Ngah Husin sendiri adalah seorang yang suka mendekatkan diri dengan masjid. Demikian juga isterinya Mak Ngah Fatimah. Di masjid tersebut mereka solat jemaah dan menghadiri kuliah-kuliah pengajian yang diadakan. Ramai tok guru yang mengajar umumi di masjid-masjid dan Pak Husin suami isteri banyak mengunjunginya.






Mak Ngah Fatimah



Sunday, December 19, 2010

Kadar internet Malaysia dan Thailand.

Mohammad Hibban, seorang guru sekolah kerajaan di daerah Yala, dia memasang internet di rumahnya yang mana kelajuannya adalah 6 mbps dan bayaran yang perlu dibayar adalah 600 Baht sebulan. Ialah menyamai kira-kira RM60. Aku menceritakan pula bahawa aku memasang intrenet di rumahku dengan kelajuan 6 mbps. Bayaran bulanan yang perlu kubayar ialah RM110. Ia menjelaskan perbezaan tanggungan rakyat untuk perkhidmatan internet antara negara Malaysia dengan negara Thailand. 

Ternyata  Negara Malaysia tidak cukup mesra internet berbanding Thailand.

Saturday, December 18, 2010

Pakngah Hussein dan Makngah Fatimah

Pak Ngah Hussein dan Makngah Fatimah


Thursday, December 16, 2010

Teman-teman lama zaman persekolahan.

 Jamaluddin Ahmad

 Asri Mat Ali

Mustapha Said

Friday, November 12, 2010

Motosikal PASTI Sandakan siap dibaiki

Awal tahun ini motosikal PASTI Sandakan terlibat dalam kemalangan yang mana penunggangnya Sdr Mustaman Mustain mengalami patah kaki dan pemboncengnya Sdr Kamal Mong luka-luka di badan.  Motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan tersadai lama tanpa dibaiki kerana menghadapi masalah insuran. Namun, baru-baru ini motosikal tersebut telah dapat dibaiki. Kos pembaikannya kira-kira RM1200.00. Sahabat yang dermawan telah menaggung kos tersebut dan kini motosikal itu siap untuk digunakan semula.





Semoga Allah mengganjari komitmen sahabat yang terlibat dalam membaikpulih motosikal ini. Apa yang penting, ia dapat menjadi kemudahan untuk Sdr Mustaman Mustain menjalankan kerja-kerja jemaah yang sedikit terganggu dengan memori kemalangannya serta kekangan kenderaan.

Saturday, September 11, 2010

KEMBARA MENCARI MUSTAHAQQIN

Kembara Mencari Mustahaqqin Zakat Fitrah pada tahun ini membawaku bersama ust. Sukri Mat ke kampung Sibugal Besar.Kampung Sibugal Besar terletak di Jalan Sungai Batang batu 10, Sandakan. Keluarga seorang murid Sk. Sibugal Besar, bernama Atikah Rosli menjadi sasaran kami dalam kembara singkat kali ini. 

Atikah Rosli merupakan murid cemerlang di sekolah, namun dia datang dari keluarga yang boleh dikatakan miskin. Kemiskinannya terpamer melalui rumah tempat tinggal mereka sekeluarga yang kecil dan daif. Dengan jumlah ahli keluarga yang agak besar, sementara ayahnya pula hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, ditambah pula ibunya baru melahirkan anak kecil, kehidupan mereka terbukti berada pada tahap yang lebih daripada layak menerima bantuan zakat.



Tiga tahun terakhir ini, aku mengambil kesimpulan bahawa zakat fitrahku akan aku sampaikan sendiri kepada sasaran. Sikap ini aku kongsi bersama ust. Sukri.  Selain boleh menyampaikan secara langsung zakat kami, ia juga memberi ruang untuk kami lebih mengenal kehidupan masyarakat. Justeru, itulah matlamat zakat. Ia bukan sekadar membantu, tetapi merapatkan jurang, mendidik hati budi  dan membuang perasaan tidak baik dalam hati pemberi zakat maupun penerima zakat.

Semoga Allah menerima ibadah zakat kami...

Semoga ada pihak-pihak yang sudi meluaskan lagi bantuan buat keluarga miskin seperti keluarga Atikah.

Sunday, August 29, 2010

Tadarus Al-Quran






Tadarus Al-Quran di Surau Al-Fajr dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Thursday, August 19, 2010

SEBAR RISALAH RAMADHAN


Pada 15 Ogos bersamaan 6 Ramadhan, sebahagian ahli DPPKS menjalankan tanggungjawab dakwah dengan cara penyebaran risalah Ramadhan di Bazar Ramadhan bandar Sandakan.

TADARUS AL-QURAN


Tadarus Al-Quran di Surau Al-Fajar berjalan sebagaimana tahun-tahun terdahulu.

Saturday, July 31, 2010

Ihtifal Pasti Sandakan


25 Julai 2010, Ihtifal Pasti Sandakan diadakan bertempat di ILP Sandakan. Murid-murid PASTI seluruh Sandakan dan juga Kinabatangan menunjukkan bakat masing-masing. Majlis Ihtifal dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Sabah, saudara Lahirul Latigu.


Friday, July 9, 2010

Ust Wan Tarmizi


Ust Wan Tarmizi dari Dewan Ulama Pas Tambun menyampaikan kuliah di Surau Al-Fajr, Sandakan.

Saturday, June 26, 2010

Bengkel Plan Strategik PR


Pemuda dan muslimat berbengkel di Dewan CNI

Monday, June 14, 2010

Kereta "Mitsouka Le Seyde"


Kereta siapalah ini? Aku melihatnya terparkir di depan lobi Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu sewaktu aku menginap di sana dalam rehlah usariyyahku ke Kota Kinabalu kali ini. Tertulis di belakangnya "Le Seyde". Rupanya sangat antik. Aku melihat ramai tetamu sedang masuk ke dewan. Ada majlis perkahwinan. Kereta ini tentunya kenaaikan pengantin.

"Milik mak datin", ujar seseorang yang sempat berbual denganku di luar lobi hotel. "Harganya mahu 700 ribu ni...", sambungnya.

"Hanya ada sebuah kereta semacam ini di Sabah", tambah seorang lagi.

Subhanallah...Maha Kaya Allah. Semoga Allah mengurniakan kita semua kenaikan yang terbaik dalam syurga sebagaimana dikurniakan kita kenaikan yang selesa dalam dunia.   

Wednesday, June 9, 2010

Kereta rosak-Musibah tak terduga



Kali ini kerata Waja KBU 1075 ini menghadapi musibah yang tak terduga. Entah macam mana, air boleh menerobos masuk ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak enjin. Hal ini bermula dengan tandatanya yang bermain dalam fikiranku ketika merasakan gegeran dalam kereta saat duduk di dalammnya dengan keadaan enjin dihidupkan. Ditambah pula dengan asap yang keluar dari lubang ekzos bercampur dengan renjisan air. Air yang kuisi dalam tangki radiator pada malamnya kudapi surut sebelah paginya. 
Hal ini membuatkan aku mengirimkan keretaku ke Eon Services, Sandakan.

Mekaniknya merumuskan bahawa air dari radiator telah memasuki ruang enjin disebabkan air kering dan enjin menjadi panas. 


Aku pulangkan kepada kebijaksanaan mekanik. Beberapa barang yang dinyatakan perlu diganti. Head Gasket dan thermostat disamping perlu membuat potongan block bergantung kepada kemungkinan kebengkokan yang terjadi. Syukurlah kebengkokannya tidak melibatkan selinder piston. Kalau tidak parah juga apabila perlu memperluaskan selinder dan menukar piston baru. 


Ada ketidakrataan pada head engine yang perlu digosok agar menjadi rata.



Thermostat


Head gasket

Ketika aku menjengok ke EON Services untuk melihat perkembangan keretaku, mekanik memaklumkan bahawa adalah elok kalau timing belt ditukar. Aku katakan meter kereta baru kira-kira 65000 km. Biasanya 100000 baru orang tukar. Walau bagaimanapun aku berfikir elok juga aku tukar awal lalu aku singgah di Kung Ming, bandar Kim Fong bertanyakan harga timing belt. Taukehnya mengatakan harganya adalah RM85.00. Aku masih berfikir apakah perlu aku menukarkannya.


Inilah kali pertama kertaku mengalami kerosakan major sejak aku membelinya pada penghujung tahun 2005. Semoga hikmah di sebalik akan aku mengerti dan mensyukurinya nanti.


Thursday, June 3, 2010

Labuk Bay Monkey Sanctuary, Sandakan.

Salah sebuah kawasan yang menjadi kunjungan para pelancong ke Sandakan ialah Labuk bay Proboscis Monkey Sanctuary yang terletak di pinggir sebuah estete berhampiran Sungai Tiram.


Gerbang masuk ke Labuk Bay Monkey Sanctuary.

Bayar RM15.00 seorang dikenakan bagi pelawat dewasa manakala kanak-kanak 6 tahun ke atas dikenakan RM5.00


Gerombolan monyet belanja tiba untuk menjamu selera.






Monyet Belanda jinak bermain sekitar pelancong.

Wednesday, June 2, 2010

Putu, makanan tradisional kaum Suluk

Putu adalah makanan yang dibuat daripada ubi kayu. Sejarahnya, semasa zaman Jepun, beras menjadi sukar diperolehi, maka ubi kayu telah diproses menjadi makanan ruji dan dinamakan putu. ia disebut piutu. Walaupun saya katakan ia makanan tradisi kaum Suluk, ia juga popular di kalangan kaum Bajau, khususnya Bajau Semporna. Pada masakini, putu sudah menjadi makanan tradisional yang dikaitkan dengan Sabah. Ia hanya ada di Sabah.

Usul poligami

Usul tergempar yang dibawa oleh perwakilan Sepanggar sememangnya menggemparkan. Para pemuda muhajirin yang bujangan dan sudah berkahwin diusulkan agar mengahwini wanita tempatan dan berpoligami dengan wanita tempatan. Usul ini diundi dan akhirnya diputuskan untuk diterima dengan pindaan.

Sunday, May 30, 2010

MUKTAMAR PEMUDA DI HOTEL MB



Hotel MB terletak berhampiran masjid bandar Tawau. Muktamar DPPNS bagi kali yang ke-23 diadakan di hotel ini. Pemuda-pemuda hizbulloh dari seluruh Sabah berkumpul untuk menyatukan fikrah dan melestarikan tindakan.

Saturday, May 29, 2010

Exora Wahid

Setelah singgah solat Jumuat di masjid Daerah lahad Datu, kemudian makan tengahari secara jama'i. kami bertolak ke Tawau. Aku meyusul di belakang kereta Exora baru Wahid sekeluarga.

Saturday, May 1, 2010

Friday, March 26, 2010

HARI KELUARGA

Bertempat di Taman Jalil Alip, tanggal 21 hb Mac 2010, Hari Kelurga diadakan.

Tuesday, March 23, 2010

Liqa Mazlan Aliman


Kedatangan Mazlan Aliman dalam misi memperjuangkan hal peneroka tanah di Sabah disulami dengan pertemuan di Taman Fajar.

Sunday, March 14, 2010

Delino Nanang

Seorang guru kaunseling, bertugas di Sk. Sibugal Besar

Saturday, March 13, 2010

Haji bersama ibu

Wednesday, March 3, 2010

Jambori Amal





Photobucket