Monday, December 20, 2010

Pak Ngah Husin, Yala, Thailand.

Pak Ngah Husin
Pak Ngah Husin menceritakan asal mula kampung Membala. Katanya, dahulu orang Siam naik gajah singgah di kampung itu. Mereka mengembala gajah mereka. Perkataan mengembala dalam bahasa Melayu disebut Membala dalam sebutan orang Siam. Maka jadilah nama kampung itu kampung Membala. Gajah-gajar tersebut dibawa sampai ke Patani. Di sana mere lihat kawasan rendah berair. Gajah-gajah itu dibawa turun ke pinggirnya untuk memastikan tempat apakah itu. Orang-orang Siam tersebut menyebut pattaini (pantai ini) lalu jadilah namanya Patani. Pekan Raman itu di kalangan warga tempatan disebut sebagai pekan Kabu. Orang Siam tidak suka nama itu lalu ditukarkan kepada Raman. Namun, sampai kini di kalangan warga tempatan, nama Pekan itu masih disebut Kabu.

Pak Ngah Husin, dahulu bekerja sebagai guru ilmu hisab di sebuah sekolah kerajaan Thailand di daerah Yala. Kini dia sudah pencen dengan bayaran pencen bulan sebanyak 180,000 kok (kira RM1800.00. Kedudukan ekonominya agak kukuh kerana dia dan isterinya mewarisi tanah pusaka orang tua mereka yang terdahulu beruapa tanah-tanah yang kini dalam bentuk kebun getah dan sawah bendang. Di samping itu anak-anaknya pun sudah besar dan berpendidikan tinggi serta punya kerjaya yang baik.

Kehidupan Pak Ngah Husin kini memenuhkan masa lapangnya dengan aktiviti keagamaan. Kebetulan 'gemulah' mentuanya meninggalkan sebidang tanah yang diwaqafkan dan dibangunkan masjid di pinggir rumahnya. Pak Ngah Husin sendiri adalah seorang yang suka mendekatkan diri dengan masjid. Demikian juga isterinya Mak Ngah Fatimah. Di masjid tersebut mereka solat jemaah dan menghadiri kuliah-kuliah pengajian yang diadakan. Ramai tok guru yang mengajar umumi di masjid-masjid dan Pak Husin suami isteri banyak mengunjunginya.






Mak Ngah Fatimah



No comments: