Sunday, November 11, 2012

UST WAN ZUL DAPAT PINDAH BALIK KE PERAK

Bersama Abdullah Wara dan Sahar

Ust Wan Zul Bersama Ust Qamarullah

Ust Wan Zulkifli cukup dikenali di Sandakan terutama dengan usaha perniagaan keropok lekornya. Demikian juga sebagai ustaz yang mengisi program masjid. Kerana keadaan kesihatan tulang belakang yang kian merosot, beliau memohon pertukaran balik ke Semenanjung dan beliau berjaya mendapat tempat di sekolah bawah PPD Ipoh. Tahniah diucapkan kepadanya. Semoga perjuangan dapat diteruskan di bumi mana langit yang dijunjung.

Wednesday, November 7, 2012

Thursday, October 4, 2012

SEKAMPIT BERAS DI TRONGLIT

Perkampungan yang disantuni dalam program Sekampit Beras kali ini di kenali juga Pulau Timbang. Ia merupakan satu kawasan yang terletak dalam DUN Sekong dan Parlimen Sapi. Rombongan disertai pemuda dan ahli Pas Kawasan dengan dipimpin oleh TPJ Pas Negeri Sabah Sendiri iaitu, Hj. Hamzah Abdullah.



TEBANG BAMBU




Bertempat di pinggir jalan utama KK-Sandakan, sebuah rumpun bambu disiat dan dibelasah sekumpulan pemuda. Khabarnya bambu itu hendak dibuat senjata fi sabililah. Hehe...Semoga diganjari pahala dari setiap peluh yang ggugur ke bumi.

Terkenang darah yang gugur para pejuang kemerdekaan dulu yang hari ini dinafikan pengorbanan mereka dalam rekod kemerdekaan tanah air. Mereka berperang lawan penjajah pun sebahagiannya hanya guna bambu. Untuk diligis menjadi senjata maupun dilapis menjadi dinding kota.



Tuesday, August 14, 2012

PROGRAM SEKAMPIT BERAS

Program Sekampit Beras anjuran JPRK Sandakan memilih kampung Sundang Laut sebagai sasaran. Seramai kira-kira 30 keluarga diberikan sumbangan.



Monday, August 6, 2012

BUBUR LAMBUK PERCUMA

Pemuda-pemuda dan muslimat dari JPRK Sandakan mengisi masa hujung minggu dengan membuat kerja amal memasak dan membahagikan bubur lambuk secara percuma kepada penduduk kawasan Batu Sapi. Mereka yang lalu lalang mendapat sentuhan bubur lambuk percuma.




Monday, April 16, 2012

Awang Pusung... pulanglah

Nama ibu tua itu Sahara Kamlum. Usianya sudah lebih 60 tahun dan tinggal di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan. Dia memelihara dua orang cucunya bernama Saidatul Nor Umairah dan Mohd Sharizan yang masing-masing sudah berada di tahun enam Sk. Sibugal Besar. Selain itu terdapat tiga lagi cucunya yang sudah tidak bersekolah tinggal bersamanya. Pn. Sahara Kamlum menyara hidup keluarganya dengan kerja-kerja kampung yang tidak menentu. Katanya, dia mengambil upah mengupas kelapa dan jika ada jemputan, dia juga membidankan ibu yang melahirkan anak.

Pn Sahara  Kamlum.
Anak lelakinya bernama Awang Pusung sudah menghilang lebih  sepuluh tahun yang lalu. Menurut cerita Pn Sahara Kamlum, anak lelakinya itu yang kini berumur sekitar 40-an adalah seorang lelaki yang banyak berkahwin. Dia menghitung dalam pengetahuannya, Awang Pusung telah berkahwin dengan 7 orang perempuan dan meninggalkan anak dengan bekas-bekas isterinya. Lebih malang, ada kalangan isterinya yang ditinggalkan gantung tidak bertali. Dua cucu yang dipeliharanya sekarang ada dari ibu yang berbeza.

Kasihan kepada isteri-isteri Awang Pusung yang ditinggalkan tanpa nafkah dan digantung tidak bertali, Pn. Sahara Kamlum menawarkan jaminan untuk menyokong mana-mana isterinya yang berhajat untuk membuat tuntutan cerai di mahkamah. Dengan sokongannya, seorang isteri Awang Pusung yang disebutnya sebagai ibu Si Mila, telah berjaya mendapat penceraian di mahkamah dan kini telah berkahwin lain.

Saidatul Nor Umairah

Mohd Sharizan
Menurut Pn Sahara Kamlum selama lebih sepuluh tahun Awang Pusung menghilang, tiada sebarang khabar berita sampai kepadanya. Sejak cucunya baru lahir, Awang Pusung telah meninggalkannya. Pada mulanya Awang Pusung memberitahu tekadnya pergi merantau adalah untuk membantunya membina rumah baru. Dia pergi bekerja di Singapura dan kemudian daripada itu hilang khabar berita hinggalah hari ini.

"Saya sabar sahaja menghadapi kesusahan ini...", keluh Pn. Sahara Kamlum.

Awang Pusung,  kembalilah kepada ibumu serta anak-anakmu!


Sunday, April 15, 2012

Walimah Kamal Mong

Saturday, March 10, 2012

Jambatan baru siap runtuh

Sebuah jambatan baru yang di bina menggantikan jambatan lama di Jalan Sungai Batang Sandakan nampaknya tidak dapat bertahan. Belum pun siap sepenuhnya, jambatan tersebut telah runtuh. Ia merupakan sebahagian daripada projek pembinaan jalan yang sedang rancak dijalankan di Sungai Batang sejajar dengan pembangunan Hub Pendidikan yang diadakan di sana.



Jambatan tersebut telah pun dibuka kepada laluan sejak beberapa minggu yang lalu. Runtuhan ini menjadi bukti bahawa tahap kecekapan pembinaan infrastuktur oleh kontraktor terbabit tidak cukup meyakinkan. Apa pun alasannya, reputasinya telah cacat. Bagaimana projek yang nilainya jutaan ringgit boleh mengalami kegagalan. Apakah ini berkaitan mengurangkan kualiti demi untung lebih?




Sunday, January 29, 2012

Banjir Di Taman Bahagia



Dalam bulan ini, sudah dua kali Taman Bahagia Fasa 2, Sandakan dilanda banjir. Air masuk ke dalam rumah. Kali pertama dahulu, air meningkat separas pinggang. Banyak harta benda penghuni rosak. Sementelahan banjir berlaku di waktu dini. Baru-baru ini banjir lagi. Para penduduk yang terlibat amat kecewa dengan langkah-langkah yang pasif untuk mengatasi kejadian berulang daripa pihak pemaju maupun Majlis Perbandaran.

Persoalan yang diperkatakan warga, bagaimana MPS boleh meluluskan CPF sebelum memastikan keselamatan daripada banjir?

Sunday, January 22, 2012

Majlis Perpisahan Ust Mohd Isa


 Majlis Perpisahan khusus untuk Ust Mohd Isa Saud dilaksanakan di Masjid Al-Fajr. Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Keraian Masjid yang diketuai oleh ust. Mohd Shahran Ibrahim. Jamuan diadakan selepas solat insya. Sahabat jemaah turut hadir mengucapkan salam perpisahan.

Ust Mohd Isa Saud akan berpindah ke Semenanjung di mana beliau dan isterinya akan bertugas di Perak. Selamat berjuang di tempat baru buat Ust Mohd Isa Saud.