Saturday, July 29, 2017

Sarapan pagi musim durian dan cempedak


Makan pulut durian dan cucur cempedak adalah menu orang kampung. Alhamdulillah....

Friday, July 28, 2017

DUSUN DURIAN




Aku ingin ucapkan terima kasih kepada al-marhum bapaku. Kerana jasanya menanam durian pada masa mudanya, hari ini kami anak-anaknya dapat memetik buahnya. Semoga Allah mengampunkan bapaku. Semoga Allah merahmatinya di alam barzah dan memasukkannya dalam Zumratul Auliya'.

Friday, July 7, 2017

MISI KUALA TERENGGANU




Pada 07/07/2017, bersama sebahagian anggota keluarga, aku ke Kuala Terengganu. Misinya adalah meminang seorang gadis Terengganu di Gelong Bilal, Kuala Terengganu, untuk anak saudara M. Zulhelmi. 

Ke K. Terengganu, singgah di R&R Grik


Mereka adalah anak-anak saudaraku yang ikut sama k eKuala Terenganu dalam misi meminang.