Showing posts with label Permandangan. Show all posts
Showing posts with label Permandangan. Show all posts

Monday, September 9, 2019

Pulau Socotra-Pulau Aneh di Laut Arab


Sembang-sembang dengan kekawan, sambil main-main google maps, kami meninjau sebuah pulau di laut Arab. AKu membuat andaian bahawa pulau itu adalah pulau dajal yang mana sahabat nabi Tamim Ad-dari terdampar dan bertemu dengan makhluk Jassas di pantainya. Jassas menunjukkan gua tempat dajal dirantai.

Apakah mungkin pulau Socotra adalah pulau tersebut?

Itu cuma andaian kosong. Tiada kajian terperinci. kalaupun pulau itu pulau Dajal, di mana guanya?



Pada 7 juta tahun dahulu, ketika pembentukan benua masih lagi aktif, sebahagian kecil tanah benua Afrika terpisah sehingga membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau iaitu Socotra yang terdiri dari 4 buah pulau yang mana lokasinya berada di tengah Laut Arab. Kordinasi gugusan lebih tepat adalah 240 kilometer dari timur Tanduk Afrika dan 30 kilometer dari selatan Semenanjung Arab.

Antara 4 buah pulau gugusan Socotra, Pulau Socotra yang saiznya 95% dari gugusan kepulauan itu (3,796 kilometer persegi) mempunyai kisah yang menarik untuk diceritakan. Pulau Socotra ditemui sejak kurun ke pertama Masihi. Marco Polo pernah mencatatkan mengenai pulau tersebut dalam penjelajahan mengelilingi dunia.

Kemudian pada tahun 1511, Pulau Socotra dikuasai oleh kesultanan Mahra. Pada 30 November 1967, akhirnya Pulau Socotra milik negara Republik Yaman dengan populasi seramai 50,000 orang. Kerana terpinggirnya pulau itu dari tanah besar seperti Afrika dan Semenanjung Arab, pulau itu digelar sebagai “Kawasan paling aneh di Bumi” atau “The most alien-looking place on Earth” sehingga mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada Julai 2008.

Pulau ini mempunyai flora dan fauna yang tiada ditempat yang lain. Pun begitu kerajaan Yaman yang menguasainya tidak berhasrat menjadikannya sebagai pulau pelancongan.



Pokok Naga

Pokok Timun Raksasa


Tuesday, February 16, 2010

Menara MPS


Menara MPS Sandakan. Di bawahnya terletak D'Image dan beberapa lot rumah kedai.

Sunday, February 7, 2010

Masjid Daerah Sandakan yang tersergam di dataran tinggi tepi laut berhampiran kg. Sim Sim. Baru melalui proses pembaikan setelah mengalami kerosakan atap boarpun baru beberapa tahun dipakai. Masalah kontraktor yang membina masjid di negeri Sabah ini ialah tidak amanah dalam membangunkan rumah Allah. Kualiti barang yang digunakan amat meragukan. Hal yang sama pernah terjadi terhadap masjid Bandaraya di Likas, Sabah.


Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri

Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri, merupakan masjid tertua di Sandakan. Dikenali juga secara mudah masjid bandar.Khabarnya nama Syeikh Hasbullah adalah nama seorang ulama yang menyebarkan Islam di Sandakan pada zaman kesultanan Sulu dulu.

Pokok Limau Purut

Aku tanam pokok limau purut di belakang rumah. Senang buat Tom Yam. Kalau beli kat Pasar, 10 sen sehelai.

Bas Labuk


Labuk Road Bus Co. Sdn Bhd (LB) merupakan salah sebuah syarikat bas  bandaran di Sandakan.

Sunday, November 22, 2009

Pengemis2 Sandakan


Monday, September 14, 2009

SERVAY-Pasaraya di Sandakan


Servay merupakan antara pasasara besar yang ada di Sandakan. Terdapat dua pasaraya Servay di Sandakan iaitu di Bandar Kinfong, batu 5 dan juga di Batu 8. Selain itu ada satu pasaraya yang merupakan asosiate kepada Servay iaitu Parkwell yang terletak di Bandar Indah.

Bercakap pasal bandar-bandar di Sandakan, perlu diketahui bahawa Sandakan merupakan sebuah bandaraya semulajadi. Entah kenapa namanya bandaraya semulajadi. Sewaktu mahu disitiharkan sebagai bandaraya dahulu, aku sudah ada di Sandakan. Waktu itu, diwar warkan bahawa Sandakan akan diistiharkan sebagai sebuah bandaraya. Tetapi, akhirnya ditukar menjadi bandaraya semulajadi.

Terdapat banyak bandar-bandar kecil di seluruh sandakan. Anatara yang aku boleh sebut ialah, Bandar Kinfong, Bandar Indah, Bandar Labuk dan Bandar Ramai-Ramai. Beberapa bandar baru mungkin muncul lagi beberapa tahun mendatang.

Inilah laut Sandakan. Nun jauh di semberang, di daratan berpohon hijau yang kelihatan, kampung Tanjong Batu. Di sana sebuah sekolah terletak. Lima tahun aku mengutip memori di sana. Semoga ia menjadi nostalgia berharga buatku.

Saturday, September 12, 2009

Seniman Jalanan


Seniman jalanan yang buta matanya itu sedangkan memainkan muzik dan menyanyi lagunya di kaki lima bangunan di bandar Sandakan.

Pantai Batu Putih, Sandakan.