Tuesday, December 15, 2009

Kenderaan di kampung



Kereta kancilku di kampung. Bila pulang bercuti, inilah kenderaanku utamaku.

Sufiatul Adila



Nor Sufiatul Adila Mohd Zuki , anak saudaraku...gambat sewaktu berkelah bersama anak isteri di Air Terjun Lata Bayu, Sik, Kedah.

Perkahwinan adik bongsu



Pada tanggal 10 Disember 2009, adik bungsuku, Norkamalia melangsungkan perkahwinan dengan pemuda sekampung, Mohd Rodi Mustafa. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka berdua. Kini sempurnalah sudah urusan nikah kahwin semua lapan adik beradikku dan masing-masing telah punya keluarga sendiri.

Hiduplah dalam dunia menurut jalan yang telah kalian pilih dan berhati-hatilah mengharung gelombang dunia. Ingatlah kehidupan akhirat dalam menelusuri pesona dunia...

Sunday, December 13, 2009

Anak Sepupu


Nor Aina Farisha binti Syukri dan adiknya Mohd Amir Faiz bin Syukri.

Sunday, November 22, 2009

Jalan Kg Sibugal Besar


Kini jalan Kg Sibugal Besar sedang giat di aspal.  Akhirnya penantian panjang warganya bakal berakhir.

Pengemis2 Sandakan


Guru Pasti-Konvokasyen Pasti 2009


Andrian, Sabturi & Jentry


Pekerja Kebersihan SKSB


Ikan Masak Merah.



Kelihatan Sahar dan Bunyamin sedang menghidangkan ikan masak merah. Gambar diambil ketika majlis berbuka puasa di rumah Haris Binhar, Taman Airport, Sandakan.

Kos Harga Penginapan di Resort TM, Kundasang.


Sunday, October 11, 2009

Majlis Ramah Mesra PASTI Sandakan





Tanggal 4 Oktober 2009, Majlis Ramah Mesra PASTI Kawasan Sandakan diadakan di  Dewan Pandu Puteri, Sri Taman, Sandakan. Majlis hadiri oleh ibu bapa murid PASTI dan orang ramai. Dianggarkan kira-kira 500 tetamu hadir.

Friday, October 9, 2009

Mohd Syahran dan anaknya


Ini anak kedua mat Syahran...Mohd Hafiz namanya...

Wednesday, October 7, 2009

Masjid Lama Nurul Hidayah, Kg Sibugal Besar.


Masrur


Cikgu Masrur, anak jati Sandakan yang kini bertugas di SK Tongod.

Sunday, September 20, 2009

Beraya di rumah keluarga Bugis

Photobucket

REBAN AYAM SIBUGAL BESAR

Photobucket

SOLAT HARI RAYA EIDUL FITRI

SOLAT HARI RAYA EIDULFITRI



Photobucket

GERAI AIR TEBU SEGAR



Photobucket

Di jalan Sungai Batang, di luar kampung Pampang, terdapat pengusaha gerai air tebu segar yang berniaga di tepi jalan. Aku dan Ust Sukri singgah memberli air tebu segar. 1 liter berharga RM4.00. Dapat RM3.00.

Thursday, September 17, 2009

Sahar Abdul Majid

Seorang ahli perniagaan yang sedang meningkat. Berdarah perjuangan mengalir dalam urat nadi. Allahummastaqim...

Tuesday, September 15, 2009

Murid 4B Sibugal Besar (2009)

Photobucket


Ust Kama sedang berdiri mengawasi murid-murid yang sedang menjalani ujian bulanan.

Jalan Sibugal sedang diturap


Setelah lama menunggu, penduduk kampung Sibugal boleh tersenyum hari ini apabila melihat usaha-usaha sedang dijalankan untuk menurap jalan masuk ke kampung. Kerja-kerja membangunkan jalan sekaligus menabur batu dan akan menurapkannya sudah bermula sejak pertengahan tahun 2009

Monday, September 14, 2009

Perusahaan di Tanjong Batu



Membuat bot dan kapal bersaiz kecil adalah kemahiran orang-orang di Tanjong Batu.

SERVAY-Pasaraya di Sandakan


Servay merupakan antara pasasara besar yang ada di Sandakan. Terdapat dua pasaraya Servay di Sandakan iaitu di Bandar Kinfong, batu 5 dan juga di Batu 8. Selain itu ada satu pasaraya yang merupakan asosiate kepada Servay iaitu Parkwell yang terletak di Bandar Indah.

Bercakap pasal bandar-bandar di Sandakan, perlu diketahui bahawa Sandakan merupakan sebuah bandaraya semulajadi. Entah kenapa namanya bandaraya semulajadi. Sewaktu mahu disitiharkan sebagai bandaraya dahulu, aku sudah ada di Sandakan. Waktu itu, diwar warkan bahawa Sandakan akan diistiharkan sebagai sebuah bandaraya. Tetapi, akhirnya ditukar menjadi bandaraya semulajadi.

Terdapat banyak bandar-bandar kecil di seluruh sandakan. Anatara yang aku boleh sebut ialah, Bandar Kinfong, Bandar Indah, Bandar Labuk dan Bandar Ramai-Ramai. Beberapa bandar baru mungkin muncul lagi beberapa tahun mendatang.

Inilah laut Sandakan. Nun jauh di semberang, di daratan berpohon hijau yang kelihatan, kampung Tanjong Batu. Di sana sebuah sekolah terletak. Lima tahun aku mengutip memori di sana. Semoga ia menjadi nostalgia berharga buatku.

Saturday, September 12, 2009

Murid Sibugal-2009


Murid-murid Sk. Sibugal Besar, tahun 6 A sedang menjalani ujian bulan April.

Nunuk Ragang


Nunuk Ragang adalah nama sebuah tempat yang teletak di daerah Ranau. Kononnya, Nunuk Ragang adalah sempena sebatang pokok besar yang dipercaya tempat berkumpulnya roh-roh orang yang telah mati. Demikianlah kepercayaan pagan masyarakat dusun di zaman dahulu. Kini, pokok itu telah tiada tetapi tunggulnya telah dimonumenkan dan menjadi salah satu daya tarik pelancong ke Ranau.

Hj. Jahidin Labelle

Namanya Hj. Jahidin Labelle. Beliau merupakan antara tunggak utama surau Al-Fajar, dan warga paling tua kalangan ahli jema'ah tetap surau Al-Fajar. Menurut ceritanya, dia berasal dari Sulawisi dan telah datang ke Sabah sejak muda lagi. Bermuqim di rumah lorong 7 Taman Fajar.

Generator


Semasa berkhidmat sebagai guru di Tanjong Batu, inilah generator yang menjadi sumber tenaga elektrik buat kegunaanku di sana. Kerajaan tidak pun membekalkan generator baik untuk kegunaan sekolah, apa lagi kegunaan rumah guru.

Azmanshah Ahmad


Seorang guru agama yang bertugas di SKTB sesudah ust Rosli berpindah. Pernah mengajar di Sk. Bambangan. Terus berkhidmat setelah aku meninggal SKTB beberapa bulan dan kemudian beliau berpindah ke Sk. Bandar 1 (atau 2-tak pasti)

Nistalgia SKTB-2006






Nistalgia SKTB-2007

Nistalgia SKTB-2008


Nostalgia SKTB-2005


Gambar bangunan sekolah Sk. tanjong Batu tahun 2005

Seniman Jalanan


Seniman jalanan yang buta matanya itu sedangkan memainkan muzik dan menyanyi lagunya di kaki lima bangunan di bandar Sandakan.