Friday, February 19, 2010

Ust Sukri dan ayah angkat

Ust Sukri Mat bersama ayah angkatnya di Kampung Perancangan. Mengenang zaman bujangan, di rumah ayah angkatnya inilah tinggal sambil menebar khidmat sebagai guru di SK. Kg Perancangan

Thursday, February 18, 2010

Ilalliqa Semporna

City Inn

 

Dragon Inn (Floating) penuh. Seafest Hotel, mahal sangat.Akhirnya menginap di City Inn di tengah pekan Semporna. RM52.00 sahaja  semalam. Ada lagi penginapan seumpamanya di pekan Semporna seperti Mabul Inn dan Sipadan Inn

Wednesday, February 17, 2010

Tukar tayar kereta

Pada hari ini, 17 Februari 2010, aku akan membuat  perjalanan ke IPJ Tawau di Balong, Tawau. Aku menukar tayar kereta walaupun tayar lama masih bagus. Ini kerana salah satu tayar lama itu mempunyai rekahan kecil dan selalui berkurangan anginnya. Dua tayar baru jenis Nikkien dengan harga RM185 satu. Dua tayar depan kutukar, jadi kos semua adalah RM370.00 Tak apalah..demi keselamatan perjalanan.

Tuesday, February 16, 2010

Zul Faqar


Ust Zul Faqar menyampaikan kuliah maghrib ketika program Muhayyam di Bakung-bakung.

Gambar kenangan: Kursus Tahsin 2008

 
Kursus Tahsin Al-Quran 2008 di SMK Elopura 3, Sandakan. Dianjurkan oleh IPJ Tawau dan dihadiri oleh GPI Sandakan.

Menara MPS


Menara MPS Sandakan. Di bawahnya terletak D'Image dan beberapa lot rumah kedai.

Ust Fazli & Ust Asyraf


Ust Fazli Azizuddin (kanan) dan Ust Khairul Asyraf Ismail (kiri).

Monday, February 15, 2010

Bunyamin

Akh Bunyamin Bakri. Semoga terus melangkah dengan dengan hati-hati permatang ini.

Periuk Kera khazanah belantara

Periuk Kera. Tumbuhan ini ditemui di pinggir jalan tidak jauh  ke air terjun Bakung-Bakung.

Thursday, February 11, 2010

Monday, February 8, 2010

Sunday, February 7, 2010

Masjid Daerah Sandakan yang tersergam di dataran tinggi tepi laut berhampiran kg. Sim Sim. Baru melalui proses pembaikan setelah mengalami kerosakan atap boarpun baru beberapa tahun dipakai. Masalah kontraktor yang membina masjid di negeri Sabah ini ialah tidak amanah dalam membangunkan rumah Allah. Kualiti barang yang digunakan amat meragukan. Hal yang sama pernah terjadi terhadap masjid Bandaraya di Likas, Sabah.


Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri

Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri, merupakan masjid tertua di Sandakan. Dikenali juga secara mudah masjid bandar.Khabarnya nama Syeikh Hasbullah adalah nama seorang ulama yang menyebarkan Islam di Sandakan pada zaman kesultanan Sulu dulu.

Pokok Limau Purut

Aku tanam pokok limau purut di belakang rumah. Senang buat Tom Yam. Kalau beli kat Pasar, 10 sen sehelai.

Bas Labuk


Labuk Road Bus Co. Sdn Bhd (LB) merupakan salah sebuah syarikat bas  bandaran di Sandakan.