Friday, November 18, 2022

SAFAR UMRAH 2022/1444

Antara tarikh 4hb Nov hingga 17 Nov saya mengadakan permusafiran melaksanakan umrah bersama keluarga. Saya, isteri, Zamila anak saya, ibu mentua, Fuad adik ipar, Naimah kakak ipar serta ramai orang Barokhas dan Pedu bersama-sama dalam safar kali ini.  Catatan ini saya coretkan setelah sehari sampai di Malaysia. 

Alhamdulillah, semuanya selamat. Selamat pergi dan kembali. Selamat juga menunaikan umrah sebanyak 4 kali. 

8 Hari di Makkah dan 3 hari di Madinah.




Saturday, September 3, 2022

SALSILAH KETURUNAN DAN LELUHURKU

 Adapun keturunan Hj Saleh itu adalah seperti berikut:

Khabarnya dia seorang tok guru yang buka pondok pengajian di kampung datuk . Anak-anaknya adalah:

(Dulu Chai Yah ada bercerita kepadaku, bahawa dia antara murid Haji Saleh tersebut dan masa dia pergi mengaji di Pondok haji Salleh, di jumpa harimau dalam perjalanan) 

Maktih Midah ketika ditanya siapa nama ayah Hj. Saleh, dengan ungatan yang kabur dia mengatakan nama chainya itu ialah Muhammad.


1) Tok Piah

2) Tokwan Ismail (Tokwan aku)

3) Tokwan Hasan

4) Tokwan Li

5) Tok Timah



Tokwan ismail kahwin dengan Tok Chah melahirkan 3 anak iaitu :

1) Saudah (ibuku)

2) Paklang mansur

3) Pakcik jen


Tok wan Ali kahwin dengan Tok 'Ah  punya 3 anak iaitu:

  1. Rani
  2. Idris
  3. Rokiah

Tok Timah kahwin dengan Tok Ismail punya 4 anak. 

Tok Ismail dengan mek chah Imam lebai Derani ada hubungan beradik ( sila semak)

1).Akob

2) Ust Mahmud menantu TG paktih mad 

3) Halim

3) Rosdi


Tokwan Hasan menikah dengan Tok Chah(esah)...melahirkan

  1. Maklong Sarah
  2. Pakcik Seli


Tok Piah yang berkahwin dengan panglima saleh (meninggal di Makkah) pula ada 6 anak


1) Maklung Don (meninggal di Makkah)

2) Pakngah musa

3) Maktih Midah

3) Pakda Ismail

4) Pakcik man Tualak (Meninggal hari ini-3/9/2022)

6) Maksu  Esah dok selangor balik mati di kg masjid.


Itulah nama-nama kerabatku seblah ibuku. Adapun anak-anak mereka yang aku berada pada peringkat khal bagiku , tiadalah aku menyebuitnya kerana banyaklah yang tidak aku tahu namanya.

Akan aku catatkan dalam lembaran yang lain kerabatku dari sebelah bapaku. Itulah yang disebutkan dalam bahasa Arab sebagai 'Ammat....




Sunday, June 26, 2022

Saturday, June 18, 2022

Friday, January 14, 2022

Mak dan adik-adiknya


 Dari kiri: Pakcik Jen, Paklang Chod,Mak