Wednesday, October 26, 2011

Masjid Al-Amal, Kg. Luanti Baru


Singgah makan durian di tepi  jalan bersebelahan masjid Al-Amal Kg. Luanti Baru, Ranau, aku berkesempatan menziarahi masjidnya. Masjid tersebut mengingatkanku program Jambori Amal yang diadakan di kampung Luanti Baru beberapa tahun yang lalu. Pada ketika itu, masjid tersebut terbiar dan tidak bernama. Hasil gotong royong peserta Jambori Amal dengan warga kampung, masjid itu disalurkan bekalan air dan dibersihkan. Kemudian nama pun diberikan. Mungkin nama masjid Al-Amal itu menjadi bukti dan tanda bahawa Yayasan Amal Malaysia pernah berprogram di sana. Pada masa itu Sungai Luanti pun tidak sepopular sekarang. Ia hanya sebuah sungai yang dikawal selia oleh orang kampung dengan peraturan Tagal. Namun, kini ia telah menjadi tempat pelancongan dan untuk masuk ke sana dikenakan bayaran RM5.00.  Sudah ada chalet yang dibina berjejeran di tepi sungai.

Masjid Al-Amal juga sudah mendapat peruntukan untuk bangunan baru. Bercakap dengan pekerja binaan yang sedang membangunkan masjid baru tersebut, aku mendapat maklumat bahawa peruntukan sebanyak RM200,000.00 telah disalurkan oleh kerajaan negeri. Nampaknya masjid yang baru ini dibina merangkap membetulkan kiblat masjid lama di sebelahnya yang tersasar sedikit. 

Alhamdulillah...dengan perhatian kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan membina masjid baru tersebut, semoga Islam akan kian marak di Kg. Luanti Baru. Sentuhan Yayasan Amal telah membuahkan berkah di kampung Luanti.


Saturday, October 22, 2011

Mabruk buat sahabat yang ke Kg. Sundang Laut

Semalam, bersama sebilangan sahabat dari muslimin dna muslimat, kami ke kampung Sundang Laut untuk beramah mesra dengan mereka di samping menyampaikan ceramah agama di masjid Al-Aksar.








Saturday, October 8, 2011