Saturday, January 13, 2018

Cikgu Safri dan Ustaz Bashah

Cikgu safri

Ustaz  Basyah
Saja nak rekod. Dua orang guru masa saya sekolah di Sek. Men Agama Al-Khairiyyah. Cikgu Safri ajar sejarah. Dia pernah kata dalam kelas, kalau kita selalu solat hajat, kita umpama pacak tiang telefon siap-siap menuju Allah. Bila kita perlu sesuatu, kitapun solat hajat. Maka talian sudah ada. Tunggu dail sahaja..

Ustaz Basyah ni pula yang cabar saya supaya lulus BI masa tingkatan dua. Kerana cabarannya, saya beli kamus Inggeris dan mula hafaz sambil dok bela kerbau bapa tepi bendang. Bila result SRP keluar, saya lulus BI. Masa belajar di Sek menengah tu, guru BI kurang.

Terima kasih buat yang mendidik.

No comments: