Bersama Abg Fadhil dari Kampung Bukit, Naka. Katanya dia berniaga getah skrap. Ada kedai skrap dan lori pengangkut skrap.
Tokwan Karim, dia uzur dan sering sakit-sakit di sana. Alhamdulillah, selamat juga balik ke kampungnya. Agaknya merindui kebun dan ternakannya...:)
Siapa yang ingin mencuba naik unta, bayar RL15.00 sekali dengan sekeping gambar segera.
Akibat berniaga melewati batas waktu yang dibenarkan sejurus sebelum solat Jumaat, barang-barang peniaga kaki lima dirampas. Seorang polis berjubah putih dan berserban merah amat amat tegas menjalankan tugas.
Pengemis wanita Afrika yang mendukung anak adalah fenomena di merata tempat di Makkah. Biar dikejar, diburu, mereka bagai lalat yang hinggap dan terbang bila dikibas.
Perkuburan Al-Baqi' terletak di pinggir Masjid Nabawi. Kelihatan sebuah lubang kubur sedia menerima jenazah baru.
Kanak-kanak perempuan ini menjual selendang kepada jemaah haji ketika singgah membeli belah di Ladang Kurmna.
"Asyara riyal!...", jeritnya.

No comments:
Post a Comment