Monday, March 29, 2021

MOTOSIKAL ELEGEN 250

 Masuk tahun 2021 ni, saya melangsaikan hasrat saya membeli motosikal baru. Motosikal Elegan 250 menjadi pilihan saya. Motosikal Elegan 150 yang saya beli di Sandakan lebih 10 tahun lalu masih elok dan dapay dipakai, namun, keinginan menggantikan dengan motosikal lain tidka dapat ditahan. Lagi pula, saya bercadang untuk menlayani ajakan kawan-kawan untuk ride isi masa lapang pada kesempatan yang datang.





Sunday, January 3, 2021

Beli Motosikal Kriss 110

 Aku beli motosikal second hand sebuah di sebuah kedai kampung di Sungai Seluang. Kedai 96 Maju Motors (No tel: 0134897373).  Motosikal itu berharga RM600. Tapi aku minta baiki beberapa perkara sehingga jadilah jumlah harganya m,eningkat kepada RM1100+. Aku bawa mosikal itu dengan cara pandu sendiri balik kampung. Naik dengan jarak yang agak jauh memang memenatkan. Tapi, ia berbaloi apabila aku gunakan untuk ke tanah kebunku di atas bukit. Memang ada power. Lebih-lebih lagi dengan tayar bunga ala-ala motor cross yang kuminta pasangkan.Fuh!













Tuesday, December 29, 2020

Hiking Bukit Mertajam


Aktiviti hiking adalah senama ekstrem bagi  dayaku yang sudah menginjak hujung 40-an. Namun, aku tidka mahu ketinggalan dan mahu mencuba. Hanya Bukit Mertajam yang aku berani buat masa ini. Aku belum berani mencuyba bukit-bukit lain yang mencabar dan tidka kuketahui cabarannya. Macam Bukit Larut, Bukit Inai, Bukit Baling dan beberpa puncak lagi yang menjadi timpuan para hikers.

Hari ini bersama Aufi aku berjaya sampai ke destinasi tertinggi yang boleh dicapai oleh para pendaki Bukit Mertajam, iaitu tempat di mana terletaknya pecawang. Dari satu anjung peninjau yang disediakan, para hikers boleh melihat permandangan Empangan Mengkuang dari sisi atas.


Saturday, October 31, 2020

Buah apa?


Surat Bantuan Risda

 


Saturday, October 10, 2020

BAYAR BIL CUKAI TAKSIRAN

Alamat :

 https://pbtpay.kpkt.gov.my/welcome

bayaran sebanyak RM174 telah dibuat pada hari ini.


Saturday, March 28, 2020

TV rosak pula!



Tengah PKP ini TV pula buat hal. malang tak berbau. Baru hari ini pergi beli arial TV di Pokok Sena, pasang tengah panas lit-lit tengahari tadi, malam ni  terkais TV tak sengaja. Jatuh tv. Sempat sambut tapi belaga almari bawahnya. Bila buka, tv jadi blurr. Risaklah. Macam mana nak tengok TV . Bosanlah...kedai pula tutup. Nak p claim warranty kalau boleh. tapi macam mana?? Kedai elektrik kat pokok sena tu tak buka la ni. PKP.

Allah...moga PKP cepat berakhir. Corona Viru cepat beransur hilang. Ya Allah!