Saturday, June 26, 2010

Bengkel Plan Strategik PR


Pemuda dan muslimat berbengkel di Dewan CNI

Monday, June 14, 2010

Kereta "Mitsouka Le Seyde"


Kereta siapalah ini? Aku melihatnya terparkir di depan lobi Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu sewaktu aku menginap di sana dalam rehlah usariyyahku ke Kota Kinabalu kali ini. Tertulis di belakangnya "Le Seyde". Rupanya sangat antik. Aku melihat ramai tetamu sedang masuk ke dewan. Ada majlis perkahwinan. Kereta ini tentunya kenaaikan pengantin.

"Milik mak datin", ujar seseorang yang sempat berbual denganku di luar lobi hotel. "Harganya mahu 700 ribu ni...", sambungnya.

"Hanya ada sebuah kereta semacam ini di Sabah", tambah seorang lagi.

Subhanallah...Maha Kaya Allah. Semoga Allah mengurniakan kita semua kenaikan yang terbaik dalam syurga sebagaimana dikurniakan kita kenaikan yang selesa dalam dunia.   

Wednesday, June 9, 2010

Kereta rosak-Musibah tak terduga



Kali ini kerata Waja KBU 1075 ini menghadapi musibah yang tak terduga. Entah macam mana, air boleh menerobos masuk ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak enjin. Hal ini bermula dengan tandatanya yang bermain dalam fikiranku ketika merasakan gegeran dalam kereta saat duduk di dalammnya dengan keadaan enjin dihidupkan. Ditambah pula dengan asap yang keluar dari lubang ekzos bercampur dengan renjisan air. Air yang kuisi dalam tangki radiator pada malamnya kudapi surut sebelah paginya. 
Hal ini membuatkan aku mengirimkan keretaku ke Eon Services, Sandakan.

Mekaniknya merumuskan bahawa air dari radiator telah memasuki ruang enjin disebabkan air kering dan enjin menjadi panas. 


Aku pulangkan kepada kebijaksanaan mekanik. Beberapa barang yang dinyatakan perlu diganti. Head Gasket dan thermostat disamping perlu membuat potongan block bergantung kepada kemungkinan kebengkokan yang terjadi. Syukurlah kebengkokannya tidak melibatkan selinder piston. Kalau tidak parah juga apabila perlu memperluaskan selinder dan menukar piston baru. 


Ada ketidakrataan pada head engine yang perlu digosok agar menjadi rata.



Thermostat


Head gasket

Ketika aku menjengok ke EON Services untuk melihat perkembangan keretaku, mekanik memaklumkan bahawa adalah elok kalau timing belt ditukar. Aku katakan meter kereta baru kira-kira 65000 km. Biasanya 100000 baru orang tukar. Walau bagaimanapun aku berfikir elok juga aku tukar awal lalu aku singgah di Kung Ming, bandar Kim Fong bertanyakan harga timing belt. Taukehnya mengatakan harganya adalah RM85.00. Aku masih berfikir apakah perlu aku menukarkannya.


Inilah kali pertama kertaku mengalami kerosakan major sejak aku membelinya pada penghujung tahun 2005. Semoga hikmah di sebalik akan aku mengerti dan mensyukurinya nanti.


Thursday, June 3, 2010

Labuk Bay Monkey Sanctuary, Sandakan.

Salah sebuah kawasan yang menjadi kunjungan para pelancong ke Sandakan ialah Labuk bay Proboscis Monkey Sanctuary yang terletak di pinggir sebuah estete berhampiran Sungai Tiram.


Gerbang masuk ke Labuk Bay Monkey Sanctuary.

Bayar RM15.00 seorang dikenakan bagi pelawat dewasa manakala kanak-kanak 6 tahun ke atas dikenakan RM5.00


Gerombolan monyet belanja tiba untuk menjamu selera.






Monyet Belanda jinak bermain sekitar pelancong.

Wednesday, June 2, 2010

Putu, makanan tradisional kaum Suluk

Putu adalah makanan yang dibuat daripada ubi kayu. Sejarahnya, semasa zaman Jepun, beras menjadi sukar diperolehi, maka ubi kayu telah diproses menjadi makanan ruji dan dinamakan putu. ia disebut piutu. Walaupun saya katakan ia makanan tradisi kaum Suluk, ia juga popular di kalangan kaum Bajau, khususnya Bajau Semporna. Pada masakini, putu sudah menjadi makanan tradisional yang dikaitkan dengan Sabah. Ia hanya ada di Sabah.

Usul poligami

Usul tergempar yang dibawa oleh perwakilan Sepanggar sememangnya menggemparkan. Para pemuda muhajirin yang bujangan dan sudah berkahwin diusulkan agar mengahwini wanita tempatan dan berpoligami dengan wanita tempatan. Usul ini diundi dan akhirnya diputuskan untuk diterima dengan pindaan.