Aku ingin ucapkan terima kasih kepada al-marhum bapaku. Kerana jasanya menanam durian pada masa mudanya, hari ini kami anak-anaknya dapat memetik buahnya. Semoga Allah mengampunkan bapaku. Semoga Allah merahmatinya di alam barzah dan memasukkannya dalam Zumratul Auliya'.
Pada 07/07/2017, bersama sebahagian anggota keluarga, aku ke Kuala Terengganu. Misinya adalah meminang seorang gadis Terengganu di Gelong Bilal, Kuala Terengganu, untuk anak saudara M. Zulhelmi.