Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Saturday, March 14, 2026

LEMBU MATI

 

 


Khamis 12 Mac 2026, aku ditelifon oleh Mat Yem bahawa ada lembu mati sebelah rumahku di Kg Datuk. Jadi satu kerja pula kena kambus. Lembu orang kampung tengah dilepas bebas sekarang ni. Tuannya tidak akan datang kambus lembunya. Maka, mau tak mau, kenalah aku panggil backhoe buat gali lubang tanam bangkai lembu tu. Kenalah RM80 buat timbus lembu tu.

Beberapa hari kemduan aku dapat tahu lembu itu milik Di Paklang Kia Kg Datuk.

Sunday, January 3, 2021

Beli Motosikal Kriss 110

 Aku beli motosikal second hand sebuah di sebuah kedai kampung di Sungai Seluang. Kedai 96 Maju Motors (No tel: 0134897373).  Motosikal itu berharga RM600. Tapi aku minta baiki beberapa perkara sehingga jadilah jumlah harganya m,eningkat kepada RM1100+. Aku bawa mosikal itu dengan cara pandu sendiri balik kampung. Naik dengan jarak yang agak jauh memang memenatkan. Tapi, ia berbaloi apabila aku gunakan untuk ke tanah kebunku di atas bukit. Memang ada power. Lebih-lebih lagi dengan tayar bunga ala-ala motor cross yang kuminta pasangkan.Fuh!













Saturday, July 29, 2017

Sarapan pagi musim durian dan cempedak


Makan pulut durian dan cucur cempedak adalah menu orang kampung. Alhamdulillah....

Friday, July 28, 2017

DUSUN DURIAN




Aku ingin ucapkan terima kasih kepada al-marhum bapaku. Kerana jasanya menanam durian pada masa mudanya, hari ini kami anak-anaknya dapat memetik buahnya. Semoga Allah mengampunkan bapaku. Semoga Allah merahmatinya di alam barzah dan memasukkannya dalam Zumratul Auliya'.

Friday, September 5, 2014

PERKAHWINAN NUR AIN


Tanggal 31 Julai 2014, Nurain bt Mansur berkahwin dengan pemuda pilihannya. Paklang Sor yang seedang sakit akibat kemalangan motosikal mendapat menantu baru. Alhamdulillah!


Saturday, January 30, 2010

Majlis Silaturrahmi

YB Ust Nasir, ahli Parlimen Padang Terap yang meraikan kejayaan anak-anak SKKB

Saturday, January 23, 2010

Sabarlah Mat Di


Mat Di, pemuda Kg Belukar Luas, Kuala Nerang ,  Kedah, yang mendapat musibah kemalangan dan sebahagian  tempurung kepala dibuang untuk rawatan kepala. Semoga Allah berikannya kesabaran.