Friday, November 6, 2026

BERPULANGNYA SANUSI JAAFAR

Sanusi Jaafar adalah sahabat rakan setugas saya selama 10 tahun di SKKS. Masa aku mula bertugas di Sk Sungai Seluang tahun  2014 setulah bertukar balik dari Sandakan, Sabah, Sanusi Jaafar telah ada berkhidmat di sana lebih dahulu dariku. Mungkin setahun atau kurnag. Dia bertukar balik dari Johor ke Kedah. Dia pernah jadi KP sebelum jawatan itu kemudiannya beralih kepadaku atas faktor DG. 

Hari ini, tanggal 6 November 2026 , rupanya tarikh ajalnya. Pada malam Jumaat,  sekitar jam 8 malam lebih, dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim. Sebelumnya dia dikatakan mengalami minor strok yang tidka terlalu berat. 




Kematiannya menginsafkan aku bahawa umurku sendiri pun bukan panjang lagi. 
Ya Allah...sihatkan daku hingga titup usia. 
Tambahkan amal solehku...
Jadikan hari matiku kelak aku gembira bertemuMu
Gembali pulang ke pangkuan dan bahagia beterbangan di pohon Iliyyin....

No comments: