Tuesday, December 29, 2020

Hiking Bukit Mertajam


Aktiviti hiking adalah senama ekstrem bagi  dayaku yang sudah menginjak hujung 40-an. Namun, aku tidka mahu ketinggalan dan mahu mencuba. Hanya Bukit Mertajam yang aku berani buat masa ini. Aku belum berani mencuyba bukit-bukit lain yang mencabar dan tidka kuketahui cabarannya. Macam Bukit Larut, Bukit Inai, Bukit Baling dan beberpa puncak lagi yang menjadi timpuan para hikers.

Hari ini bersama Aufi aku berjaya sampai ke destinasi tertinggi yang boleh dicapai oleh para pendaki Bukit Mertajam, iaitu tempat di mana terletaknya pecawang. Dari satu anjung peninjau yang disediakan, para hikers boleh melihat permandangan Empangan Mengkuang dari sisi atas.