Hanya sempat sekitar 2 bulan sebagai GB di SKKH, En. Izham dipindahkan pula ke PPD sebagai pegawai bahagian Tingkatan 6 di sana. Para guru SKKH merasa kehilangan. Satu yang baru bermula terpaksa berakhir.
Katanya dari mula posting hinggalah menamatkan perkhidmatan, hanya satu sekolah ini sahaja. iaitu SKKH. Demikianlah Cikgu Bashirah Md Saad menghabiskan tempoh perkhidmatannya, lebih 30 tahun. Hari ini majlis persaraan diadakan bauatnya di Sk Kurong Hitam.
Khamis 12 Mac 2026, aku ditelifon oleh Mat Yem bahawa ada lembu mati sebelah rumahku di Kg Datuk. Jadi satu kerja pula kena kambus. Lembu orang kampung tengah dilepas bebas sekarang ni. Tuannya tidak akan datang kambus lembunya. Maka, mau tak mau, kenalah aku panggil backhoe buat gali lubang tanam bangkai lembu tu. Kenalah RM80 buat timbus lembu tu.
Beberapa hari kemduan aku dapat tahu lembu itu milik Di Paklang Kia Kg Datuk.