Saturday, March 10, 2012

Jambatan baru siap runtuh

Sebuah jambatan baru yang di bina menggantikan jambatan lama di Jalan Sungai Batang Sandakan nampaknya tidak dapat bertahan. Belum pun siap sepenuhnya, jambatan tersebut telah runtuh. Ia merupakan sebahagian daripada projek pembinaan jalan yang sedang rancak dijalankan di Sungai Batang sejajar dengan pembangunan Hub Pendidikan yang diadakan di sana.



Jambatan tersebut telah pun dibuka kepada laluan sejak beberapa minggu yang lalu. Runtuhan ini menjadi bukti bahawa tahap kecekapan pembinaan infrastuktur oleh kontraktor terbabit tidak cukup meyakinkan. Apa pun alasannya, reputasinya telah cacat. Bagaimana projek yang nilainya jutaan ringgit boleh mengalami kegagalan. Apakah ini berkaitan mengurangkan kualiti demi untung lebih?




Sunday, January 29, 2012

Banjir Di Taman Bahagia



Dalam bulan ini, sudah dua kali Taman Bahagia Fasa 2, Sandakan dilanda banjir. Air masuk ke dalam rumah. Kali pertama dahulu, air meningkat separas pinggang. Banyak harta benda penghuni rosak. Sementelahan banjir berlaku di waktu dini. Baru-baru ini banjir lagi. Para penduduk yang terlibat amat kecewa dengan langkah-langkah yang pasif untuk mengatasi kejadian berulang daripa pihak pemaju maupun Majlis Perbandaran.

Persoalan yang diperkatakan warga, bagaimana MPS boleh meluluskan CPF sebelum memastikan keselamatan daripada banjir?

Sunday, January 22, 2012

Majlis Perpisahan Ust Mohd Isa


 Majlis Perpisahan khusus untuk Ust Mohd Isa Saud dilaksanakan di Masjid Al-Fajr. Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Keraian Masjid yang diketuai oleh ust. Mohd Shahran Ibrahim. Jamuan diadakan selepas solat insya. Sahabat jemaah turut hadir mengucapkan salam perpisahan.

Ust Mohd Isa Saud akan berpindah ke Semenanjung di mana beliau dan isterinya akan bertugas di Perak. Selamat berjuang di tempat baru buat Ust Mohd Isa Saud.









Monday, November 21, 2011

Perkahwinan Mustaman

Sdr. Mustaman bin Musta'in, seorang murabitun jama'ah dalam DPPKS dan juga PASTI Sandakan kini menamatkan zaman bujangannya. Seorang gadis dari suku Sungai berasal dari kampung Kasih Sayang, Bukit Garam, Kota Kinabatangan, Sabah, menjadi pilihannya. Namanya ialah Siti Aminah.

Majlis Akad nikah dan Walimatul Urus di rumah keluarga isterinya diadakan pada 20 Nov 2011. Manakala majlis walimatul urus di rumahnya akan diadakan pada 10 Disember 2011 nanti.


Semoga perkahwinan ini dibajai kasih sayang sehingga akhir hayat. Semoga juga, akan menjadi pemacu semangat perjuangan.




Wednesday, October 26, 2011

Masjid Al-Amal, Kg. Luanti Baru


Singgah makan durian di tepi  jalan bersebelahan masjid Al-Amal Kg. Luanti Baru, Ranau, aku berkesempatan menziarahi masjidnya. Masjid tersebut mengingatkanku program Jambori Amal yang diadakan di kampung Luanti Baru beberapa tahun yang lalu. Pada ketika itu, masjid tersebut terbiar dan tidak bernama. Hasil gotong royong peserta Jambori Amal dengan warga kampung, masjid itu disalurkan bekalan air dan dibersihkan. Kemudian nama pun diberikan. Mungkin nama masjid Al-Amal itu menjadi bukti dan tanda bahawa Yayasan Amal Malaysia pernah berprogram di sana. Pada masa itu Sungai Luanti pun tidak sepopular sekarang. Ia hanya sebuah sungai yang dikawal selia oleh orang kampung dengan peraturan Tagal. Namun, kini ia telah menjadi tempat pelancongan dan untuk masuk ke sana dikenakan bayaran RM5.00.  Sudah ada chalet yang dibina berjejeran di tepi sungai.

Masjid Al-Amal juga sudah mendapat peruntukan untuk bangunan baru. Bercakap dengan pekerja binaan yang sedang membangunkan masjid baru tersebut, aku mendapat maklumat bahawa peruntukan sebanyak RM200,000.00 telah disalurkan oleh kerajaan negeri. Nampaknya masjid yang baru ini dibina merangkap membetulkan kiblat masjid lama di sebelahnya yang tersasar sedikit. 

Alhamdulillah...dengan perhatian kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan membina masjid baru tersebut, semoga Islam akan kian marak di Kg. Luanti Baru. Sentuhan Yayasan Amal telah membuahkan berkah di kampung Luanti.


Saturday, October 22, 2011

Mabruk buat sahabat yang ke Kg. Sundang Laut

Semalam, bersama sebilangan sahabat dari muslimin dna muslimat, kami ke kampung Sundang Laut untuk beramah mesra dengan mereka di samping menyampaikan ceramah agama di masjid Al-Aksar.








Saturday, October 8, 2011