Monday, June 13, 2011

Rumah Exco Selangor




Rumah banglo 3 tingkat ini adalah salah sebuah daripada 8 biji rumah Exco Selangor yang dibina pada zaman Khir Toyo sebagai menteri besar. Rumah ini dikatakan berharga 8 juta setiap satu dan untuk dijadikan kediaman rasmi exco kerajaan negeri Selangor. Walau bagaimanapun, berikutan kekalahan dalam pilihanraya 2008, kerajaan Khir Toyo berantakan. Kini rumah-rumah ini menjadi ghanimah buat kerajaan yang baru. Untuk tujuan manfaat rakyat, rumah ini dijadikan tempat kursus, tamrin, mesyuarat dan sebagainya. 

Bersama-sama teman dari pemuda Padang Terap, kami aku menginap di rumah ini sempena muktamar baru-baru ini. Dapatlah merasa bagaimana duduk di rumah berharga 8 juta. Subhanallah...wang rakyat!








Friday, May 13, 2011

Timb Menteri Besar Kelantan ke Sandakan

Dato' Ahmad b. Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan hari ini berkunjung ke Sandakan. Dalam kesempatan kunjungan tersebut, beliau mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli dan anak-anak Kelantan di Pasti Indah Jaya. Soal jawab diadakan mengenai perkembangan kerajaan Kelantan dan isu-isu politik semasa.


Monday, May 2, 2011

Hendry memeluk Islam.





Pada malam ini satu majlis pengislaman seorang saudara baru diadakan di rumah seorang guru di Taman Indah Jaya. Saudara baru itu bernama Hendry dan nama baru yang dicadangkan oleh temannya ialah Mohd Khairy. Hendry berbangsa Kadazan dan berdomisil di Sim Sim Sandakan. Dia bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan membantu ibunya di kawasan Sim Sim. 

Majlis pada malam ini dimulakan dengan talqin shahadah oleh Ust Mohd Isa Saud dan kemudian disusuli dengan penerangan rengkas mengenai Islam di bawah tema "Islam itu mudah" oleh ust Kama. Keislaman sdr. Hendry disaksikan oleh tetamu-tetamu yang lain yang ikut serta dalam majlis tersebut.

Alhamdulillah...semoga, Allah memelihara keimanan sdr. Hendry dan menjadikannya seorang muslim yang baik dan sentiasa taat kepada agama. 


Allahumma ameen!

Sunday, April 24, 2011

Gurindam Syair: Tsunami

Friday, April 22, 2011

Comunity Policing






Gambar KRT Taman Fajar sempena program Comunity Policing pada 9 April 2011

Wednesday, February 2, 2011

Iklan Carlsberg di Letat Jaya


 



Bandar Letat Jaya hampir siap dibangunkan dengan lot-lot rumah kedai dan kompleks pasar basah serta food court di tingkat atasnya. Kedudukan yang terletak di pinggir jalan pintas yang menghubungkan BDC dengan Batu 8 menjadikan sesiapa yang menggunakan jalan tersebut akan nampak dengan mudah bandar tersebut, terutama pasarnya yang tersergam dipinggir jalan. Malangnya, kedudukan pasar tersebut yang memaparkan iklan besar carlsberg menimbulkan tandatanya kepada orang ramai, khususnya ummat Islam yang prihatin. Tidak seharusnya iklan minuman keras dibenarkan untuk dipaparkan kepada orang ramai secara terbuka begitu. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mempunyai wewenang yang disalahgunakan apabila membenarkan pemasangan iklan sebegitu. Sepatutnya, menghormati keberadaan Malaysia yang menyebutkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, iklan tersebut tidak harus diletakkan di situ.  

Pihak yang terlibat harus menghentikan penghinaan  tersirat terhadap agama dan nilai-nilai moral mulia kemanusiaan yang boleh difahami daripada pemasangan iklan tersebut.  Langkah-langkah wajar perlu difikirkan bagi menyatakan keterkilanan terhadap iklan carlsberg  tersebut.


Tanah runtuh; Lumpur masuk ke surau.

Ternyata hujan lebat beberapa hari di Sandakan menimbulkan pelbagai kesan seperti banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang. Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan kg Berhala Darat, Sim-Sim menyebabkan lumpur memenuhi surah Al-Firqan yang terletak di pinggir jalan Sim Sim dan berhampiran tanah perkuburan di sana. Kejadian tanah runtuh yang serupa yang terjadi di bahagian tanah perkuburan menyebabkan beberapa kubur terbongkar. 

 

Surau  Al-Furqan, Kg Berhala Darat, Sim-Sim. 



 
Lumpur menerobos bahagiandepan mehrab










Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan gotong royong warga setempat