Bandar Letat Jaya hampir siap dibangunkan dengan lot-lot rumah kedai dan kompleks pasar basah serta food court di tingkat atasnya. Kedudukan yang terletak di pinggir jalan pintas yang menghubungkan BDC dengan Batu 8 menjadikan sesiapa yang menggunakan jalan tersebut akan nampak dengan mudah bandar tersebut, terutama pasarnya yang tersergam dipinggir jalan. Malangnya, kedudukan pasar tersebut yang memaparkan iklan besar carlsberg menimbulkan tandatanya kepada orang ramai, khususnya ummat Islam yang prihatin. Tidak seharusnya iklan minuman keras dibenarkan untuk dipaparkan kepada orang ramai secara terbuka begitu. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mempunyai wewenang yang disalahgunakan apabila membenarkan pemasangan iklan sebegitu. Sepatutnya, menghormati keberadaan Malaysia yang menyebutkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, iklan tersebut tidak harus diletakkan di situ.
Pihak yang terlibat harus menghentikan penghinaan tersirat terhadap agama dan nilai-nilai moral mulia kemanusiaan yang boleh difahami daripada pemasangan iklan tersebut. Langkah-langkah wajar perlu difikirkan bagi menyatakan keterkilanan terhadap iklan carlsberg tersebut.
1 comment:
Jikalau kepercayaan and pemahaman terhadap agama adalah ikhlas, tulus dan kuat, tidak akan ada apa apa pun kesan terhadap kita yg berpegang kuat dengan agama dan kepercayaan kita. Mereka yg terpengaruh dengan hanya nama dan logo tersebut adalah mereka yg tidak mempunyai pegangan kuat terhadap agama mereka maka mereka sentiasa menyalahkan unsur unsur lain. Memang memalukan serta sedih sekali kepada mereka yg langsung tidak mempunyai keberanian untuk mengaku bahawa mereka telah tewas kepada nafsu sendiri serta sanggup memfitnah dan menyalahkan unsur unsur lain. Cuba bayangkan mereka yg tinggal di negara eropah, bukankah logo logo serta iklan iklan sebegitu terpapar di mana mana, tetapi kepada mereka yg faham kepada agama, walau bagaimanapun iklan tersebut dipapar ia tidak mempengaruhi mereka. Maka mengapa kaum kita yg berada di negara ini begitu lemah dengan hanya melihat logo calsberg dah boleh mempengaruhi tekat terhadap agama kita?
Saya berharap, mereka yg berfikiran lemah. Kuatkan tekat anda, banyakkan berdoa serta pegangan anda terhadap agama. Jangan menyalahkan unsur lain kerana anda sendiri tidak dapat menahan nafsu serta godaan daripada syaitan. Persefahaman dengan berbilang kaum serta harmoni adalah teras utama yg diajarkan oleh agama.
Post a Comment