Saturday, March 14, 2026

LEMBU MATI

 

 


Khamis 12 Mac 2026, aku ditelifon oleh Mat Yem bahawa ada lembu mati sebelah rumahku di Kg Datuk. Jadi satu kerja pula kena kambus. Lembu orang kampung tengah dilepas bebas sekarang ni. Tuannya tidak akan datang kambus lembunya. Maka, mau tak mau, kenalah aku panggil backhoe buat gali lubang tanam bangkai lembu tu. Kenalah RM80 buat timbus lembu tu.

Beberapa hari kemduan aku dapat tahu lembu itu milik Di Paklang Kia Kg Datuk.

Friday, December 19, 2025

Bersama abg Dahari

 

Malam ni kami bincang pasal menulis dalam blog...

Sentuh juga pasal pelbagai isu politik dan pengalaman aku terlibat saham.

Sunday, December 14, 2025

2 Murid 4M Khatam 2025

  1. Siti Nur Zulaika bt Mohd Syawal
  2. Nur Zahra Amani bt. m. Jefpery

Masing-masing dapat hadiah Naskhah Quran Muslimah dari Ust. kama

Tahiah!...moga terus bersahabat dengan Al-Quran ila akhiril hayah





Wednesday, December 10, 2025

Arif Luqman

 Murid di sk kurong hitam. Sedang bertatihembaca Quran. Waktu ini salam kelas 2 M



Sunday, November 16, 2025

Aktiviti murid hujung tahun

 Memang susah nak tarik murid ikut pdp dalam kelas kalau sudah habis peperiksaan akhir tahun. mahu tak mahu, jika ada kekosongan, bawa ke bilik khas t bilik tayangan untuk mengisi masa mereka….



Friday, September 19, 2025

KEMALANGAN KANCIL

 Pada tangal 13 hb September 2025, aku mendapat musibah. Ketika memandu kancil pulang dari kampung Datuk ke Taman Akasia, keretaku bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga lama yang rosak sedang ditolak melintas jalan. Kala itu hujan sedang turun renyai-renyao, sementara hari gelap kerana baru waktu Maghrib . 

Aku memang biasa pulang ke Kuala Nerang setelah solat maghrib di Masjid Kg Datuk. Malam itu aku bertemu geruh kata orang dulu-dulu. Tanpa sebab dan tanpa diduga, kejadian itu terjadi.








Sunday, February 2, 2025

RUDY BERTANDANG KE KG DATUK




2 HB Februari berbetulan dgn hari Naqib Amjad bersunt, Rudy dan isteri datang menjengah rumahku di.Kg Datuk.