Aku ingin ucapkan terima kasih kepada al-marhum bapaku. Kerana jasanya menanam durian pada masa mudanya, hari ini kami anak-anaknya dapat memetik buahnya. Semoga Allah mengampunkan bapaku. Semoga Allah merahmatinya di alam barzah dan memasukkannya dalam Zumratul Auliya'.
Pada 07/07/2017, bersama sebahagian anggota keluarga, aku ke Kuala Terengganu. Misinya adalah meminang seorang gadis Terengganu di Gelong Bilal, Kuala Terengganu, untuk anak saudara M. Zulhelmi.
Politik adalah satu seni mengatur manusia. Persahabatan dan permusuhan tidak pernah kekal dalam politik. Ini adalah sahabat-sahabat Mahfuz Omar yang kini menjadi geladangan politik yang diuzlah oleh parti PAS. Bebaju batik baru adalah bapa mentua saya, Yahya Saud.