Wednesday, October 26, 2011

Masjid Al-Amal, Kg. Luanti Baru


Singgah makan durian di tepi  jalan bersebelahan masjid Al-Amal Kg. Luanti Baru, Ranau, aku berkesempatan menziarahi masjidnya. Masjid tersebut mengingatkanku program Jambori Amal yang diadakan di kampung Luanti Baru beberapa tahun yang lalu. Pada ketika itu, masjid tersebut terbiar dan tidak bernama. Hasil gotong royong peserta Jambori Amal dengan warga kampung, masjid itu disalurkan bekalan air dan dibersihkan. Kemudian nama pun diberikan. Mungkin nama masjid Al-Amal itu menjadi bukti dan tanda bahawa Yayasan Amal Malaysia pernah berprogram di sana. Pada masa itu Sungai Luanti pun tidak sepopular sekarang. Ia hanya sebuah sungai yang dikawal selia oleh orang kampung dengan peraturan Tagal. Namun, kini ia telah menjadi tempat pelancongan dan untuk masuk ke sana dikenakan bayaran RM5.00.  Sudah ada chalet yang dibina berjejeran di tepi sungai.

Masjid Al-Amal juga sudah mendapat peruntukan untuk bangunan baru. Bercakap dengan pekerja binaan yang sedang membangunkan masjid baru tersebut, aku mendapat maklumat bahawa peruntukan sebanyak RM200,000.00 telah disalurkan oleh kerajaan negeri. Nampaknya masjid yang baru ini dibina merangkap membetulkan kiblat masjid lama di sebelahnya yang tersasar sedikit. 

Alhamdulillah...dengan perhatian kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan membina masjid baru tersebut, semoga Islam akan kian marak di Kg. Luanti Baru. Sentuhan Yayasan Amal telah membuahkan berkah di kampung Luanti.


Saturday, October 22, 2011

Mabruk buat sahabat yang ke Kg. Sundang Laut

Semalam, bersama sebilangan sahabat dari muslimin dna muslimat, kami ke kampung Sundang Laut untuk beramah mesra dengan mereka di samping menyampaikan ceramah agama di masjid Al-Aksar.








Saturday, October 8, 2011

Sunday, September 18, 2011

Bersama Mazlan Aliman

Sebahagian yang hadir bergambar bersama Mazlan Aliman yang datang ke Sandakan dalam rangka kerja membangkitkan isu-isu tanah rakyat Sabah . Tg. Hj. hadi yang sepatutnya hadir bersama terpaksa membatalkan  kehadirannya kerana ada jemputa khas dari negara Iran.

Wednesday, August 31, 2011

Iftor Perdana Kumpulan Mega







Hari terakhir Ramadhan, menjelang malam hari raya, kumpulan Mega (Kumpulan para asatizah) jemaah Masjid Al-Fajr telah mengandakan majlis Iftor Perdana. Berbagai-bagai juadah makanan dihidangkan. Semuanya hasil tangan sendiri para asatizah yang terlibat.

Monday, June 13, 2011

Rumah Exco Selangor




Rumah banglo 3 tingkat ini adalah salah sebuah daripada 8 biji rumah Exco Selangor yang dibina pada zaman Khir Toyo sebagai menteri besar. Rumah ini dikatakan berharga 8 juta setiap satu dan untuk dijadikan kediaman rasmi exco kerajaan negeri Selangor. Walau bagaimanapun, berikutan kekalahan dalam pilihanraya 2008, kerajaan Khir Toyo berantakan. Kini rumah-rumah ini menjadi ghanimah buat kerajaan yang baru. Untuk tujuan manfaat rakyat, rumah ini dijadikan tempat kursus, tamrin, mesyuarat dan sebagainya. 

Bersama-sama teman dari pemuda Padang Terap, kami aku menginap di rumah ini sempena muktamar baru-baru ini. Dapatlah merasa bagaimana duduk di rumah berharga 8 juta. Subhanallah...wang rakyat!








Friday, May 13, 2011

Timb Menteri Besar Kelantan ke Sandakan

Dato' Ahmad b. Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan hari ini berkunjung ke Sandakan. Dalam kesempatan kunjungan tersebut, beliau mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli dan anak-anak Kelantan di Pasti Indah Jaya. Soal jawab diadakan mengenai perkembangan kerajaan Kelantan dan isu-isu politik semasa.