Monday, December 20, 2010

Pak Ngah Husin, Yala, Thailand.

Pak Ngah Husin
Pak Ngah Husin menceritakan asal mula kampung Membala. Katanya, dahulu orang Siam naik gajah singgah di kampung itu. Mereka mengembala gajah mereka. Perkataan mengembala dalam bahasa Melayu disebut Membala dalam sebutan orang Siam. Maka jadilah nama kampung itu kampung Membala. Gajah-gajar tersebut dibawa sampai ke Patani. Di sana mere lihat kawasan rendah berair. Gajah-gajah itu dibawa turun ke pinggirnya untuk memastikan tempat apakah itu. Orang-orang Siam tersebut menyebut pattaini (pantai ini) lalu jadilah namanya Patani. Pekan Raman itu di kalangan warga tempatan disebut sebagai pekan Kabu. Orang Siam tidak suka nama itu lalu ditukarkan kepada Raman. Namun, sampai kini di kalangan warga tempatan, nama Pekan itu masih disebut Kabu.

Pak Ngah Husin, dahulu bekerja sebagai guru ilmu hisab di sebuah sekolah kerajaan Thailand di daerah Yala. Kini dia sudah pencen dengan bayaran pencen bulan sebanyak 180,000 kok (kira RM1800.00. Kedudukan ekonominya agak kukuh kerana dia dan isterinya mewarisi tanah pusaka orang tua mereka yang terdahulu beruapa tanah-tanah yang kini dalam bentuk kebun getah dan sawah bendang. Di samping itu anak-anaknya pun sudah besar dan berpendidikan tinggi serta punya kerjaya yang baik.

Kehidupan Pak Ngah Husin kini memenuhkan masa lapangnya dengan aktiviti keagamaan. Kebetulan 'gemulah' mentuanya meninggalkan sebidang tanah yang diwaqafkan dan dibangunkan masjid di pinggir rumahnya. Pak Ngah Husin sendiri adalah seorang yang suka mendekatkan diri dengan masjid. Demikian juga isterinya Mak Ngah Fatimah. Di masjid tersebut mereka solat jemaah dan menghadiri kuliah-kuliah pengajian yang diadakan. Ramai tok guru yang mengajar umumi di masjid-masjid dan Pak Husin suami isteri banyak mengunjunginya.






Mak Ngah Fatimah



Sunday, December 19, 2010

Kadar internet Malaysia dan Thailand.

Mohammad Hibban, seorang guru sekolah kerajaan di daerah Yala, dia memasang internet di rumahnya yang mana kelajuannya adalah 6 mbps dan bayaran yang perlu dibayar adalah 600 Baht sebulan. Ialah menyamai kira-kira RM60. Aku menceritakan pula bahawa aku memasang intrenet di rumahku dengan kelajuan 6 mbps. Bayaran bulanan yang perlu kubayar ialah RM110. Ia menjelaskan perbezaan tanggungan rakyat untuk perkhidmatan internet antara negara Malaysia dengan negara Thailand. 

Ternyata  Negara Malaysia tidak cukup mesra internet berbanding Thailand.

Saturday, December 18, 2010

Pakngah Hussein dan Makngah Fatimah

Pak Ngah Hussein dan Makngah Fatimah


Thursday, December 16, 2010

Teman-teman lama zaman persekolahan.

 Jamaluddin Ahmad

 Asri Mat Ali

Mustapha Said

Friday, November 12, 2010

Motosikal PASTI Sandakan siap dibaiki

Awal tahun ini motosikal PASTI Sandakan terlibat dalam kemalangan yang mana penunggangnya Sdr Mustaman Mustain mengalami patah kaki dan pemboncengnya Sdr Kamal Mong luka-luka di badan.  Motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan tersadai lama tanpa dibaiki kerana menghadapi masalah insuran. Namun, baru-baru ini motosikal tersebut telah dapat dibaiki. Kos pembaikannya kira-kira RM1200.00. Sahabat yang dermawan telah menaggung kos tersebut dan kini motosikal itu siap untuk digunakan semula.





Semoga Allah mengganjari komitmen sahabat yang terlibat dalam membaikpulih motosikal ini. Apa yang penting, ia dapat menjadi kemudahan untuk Sdr Mustaman Mustain menjalankan kerja-kerja jemaah yang sedikit terganggu dengan memori kemalangannya serta kekangan kenderaan.

Saturday, September 11, 2010

KEMBARA MENCARI MUSTAHAQQIN

Kembara Mencari Mustahaqqin Zakat Fitrah pada tahun ini membawaku bersama ust. Sukri Mat ke kampung Sibugal Besar.Kampung Sibugal Besar terletak di Jalan Sungai Batang batu 10, Sandakan. Keluarga seorang murid Sk. Sibugal Besar, bernama Atikah Rosli menjadi sasaran kami dalam kembara singkat kali ini. 

Atikah Rosli merupakan murid cemerlang di sekolah, namun dia datang dari keluarga yang boleh dikatakan miskin. Kemiskinannya terpamer melalui rumah tempat tinggal mereka sekeluarga yang kecil dan daif. Dengan jumlah ahli keluarga yang agak besar, sementara ayahnya pula hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, ditambah pula ibunya baru melahirkan anak kecil, kehidupan mereka terbukti berada pada tahap yang lebih daripada layak menerima bantuan zakat.



Tiga tahun terakhir ini, aku mengambil kesimpulan bahawa zakat fitrahku akan aku sampaikan sendiri kepada sasaran. Sikap ini aku kongsi bersama ust. Sukri.  Selain boleh menyampaikan secara langsung zakat kami, ia juga memberi ruang untuk kami lebih mengenal kehidupan masyarakat. Justeru, itulah matlamat zakat. Ia bukan sekadar membantu, tetapi merapatkan jurang, mendidik hati budi  dan membuang perasaan tidak baik dalam hati pemberi zakat maupun penerima zakat.

Semoga Allah menerima ibadah zakat kami...

Semoga ada pihak-pihak yang sudi meluaskan lagi bantuan buat keluarga miskin seperti keluarga Atikah.

Sunday, August 29, 2010

Tadarus Al-Quran






Tadarus Al-Quran di Surau Al-Fajr dibahagikan kepada 3 kumpulan.