Friday, January 5, 2018

JUMAAT PERTAMA DI MASJID NURUS SA'ADAH

Hari ini, dirasmikan Solat Jumaat pertama di masjid Masjid Nurussa'dah Ghairu Jamek . Dengan dapat ditegakkan Solat Jumaat di masjid ini, besarlah rahmat untuk warga setempat. Diharapkan terselamatlah sekian banyak warga daripada terpaksa dan meninggalkan solat jumaat dengan alasan remeh. Tahniah buat angkatan Jawatankuasa masjid dan juga pihak Pejabat Agama Kulim yang mempercepatkan kelulusannya.


Rahmat Allah bersama warga taman yang menegakkan Syariat dalam kehidupan.

Thursday, September 21, 2017

Ustaz Yahya bin Md Arif



USTAZ YAHYA BIN MD ARIF, Sahabat satu tugas di SKSS. Beliau kukenali sejak berpindah tugas ke Sk. Sg Seluang pada hujung tahun 2014 setelah berpindah balik dari Sabah. Pada usia mendekati usia pencen wajib 60 tahun, beliau masih bertenaga dan saya mendoakan beliau sihat meledeni usianya. Allahumma ameen.

Wednesday, August 2, 2017

Taklimat Pagi Di SKSS





Saturday, July 29, 2017

Sarapan pagi musim durian dan cempedak


Makan pulut durian dan cucur cempedak adalah menu orang kampung. Alhamdulillah....

Friday, July 28, 2017

DUSUN DURIAN




Aku ingin ucapkan terima kasih kepada al-marhum bapaku. Kerana jasanya menanam durian pada masa mudanya, hari ini kami anak-anaknya dapat memetik buahnya. Semoga Allah mengampunkan bapaku. Semoga Allah merahmatinya di alam barzah dan memasukkannya dalam Zumratul Auliya'.

Friday, July 7, 2017

MISI KUALA TERENGGANU




Pada 07/07/2017, bersama sebahagian anggota keluarga, aku ke Kuala Terengganu. Misinya adalah meminang seorang gadis Terengganu di Gelong Bilal, Kuala Terengganu, untuk anak saudara M. Zulhelmi. 

Ke K. Terengganu, singgah di R&R Grik


Mereka adalah anak-anak saudaraku yang ikut sama k eKuala Terenganu dalam misi meminang.