Pada tangal 13 hb September 2025, aku mendapat musibah. Ketika memandu kancil pulang dari kampung Datuk ke Taman Akasia, keretaku bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga lama yang rosak sedang ditolak melintas jalan. Kala itu hujan sedang turun renyai-renyao, sementara hari gelap kerana baru waktu Maghrib .
Aku memang biasa pulang ke Kuala Nerang setelah solat maghrib di Masjid Kg Datuk. Malam itu aku bertemu geruh kata orang dulu-dulu. Tanpa sebab dan tanpa diduga, kejadian itu terjadi.