Friday, December 17, 2021

Paklong Wang

 


Setakat ini, inilah satu-satunya orang tua Kampung Datuk yang masih ada. Aku panggilnya Paklung Wang. 

Monday, March 29, 2021

KAWAN ARWAH MAK

 Masa pergi haji tahun 2008, ada kawan satu rombongan haji arwah mak. Mereka tinggal di kampung Padang Kerasak. Namanya Paklong Wahab dan Maklong Hawa. Dulu masa arwah mak masih ada, dia pernah ajak aku ziarah mereka. Ada sekali.  Kini setelah arwah mak sudah tiada, aku lalu dengan kakakku di sana. Hari ini ada kematian abg kepada Zamri, adik iparku. 






MOTOSIKAL ELEGEN 250

 Masuk tahun 2021 ni, saya melangsaikan hasrat saya membeli motosikal baru. Motosikal Elegan 250 menjadi pilihan saya. Motosikal Elegan 150 yang saya beli di Sandakan lebih 10 tahun lalu masih elok dan dapay dipakai, namun, keinginan menggantikan dengan motosikal lain tidka dapat ditahan. Lagi pula, saya bercadang untuk menlayani ajakan kawan-kawan untuk ride isi masa lapang pada kesempatan yang datang.





Sunday, January 3, 2021

Beli Motosikal Kriss 110

 Aku beli motosikal second hand sebuah di sebuah kedai kampung di Sungai Seluang. Kedai 96 Maju Motors (No tel: 0134897373).  Motosikal itu berharga RM600. Tapi aku minta baiki beberapa perkara sehingga jadilah jumlah harganya m,eningkat kepada RM1100+. Aku bawa mosikal itu dengan cara pandu sendiri balik kampung. Naik dengan jarak yang agak jauh memang memenatkan. Tapi, ia berbaloi apabila aku gunakan untuk ke tanah kebunku di atas bukit. Memang ada power. Lebih-lebih lagi dengan tayar bunga ala-ala motor cross yang kuminta pasangkan.Fuh!