Di Giant Kulim
Saturday, January 27, 2018
Saturday, January 13, 2018
Mahyuddin Abu Bakar
Ni gambar kenangan masa aku . Syukri Tolang dan Najmi si kumbang Durjana ( gelaran buat pemilik Volkwagen) menziarahi Mahyuddin di rumahnya do taman Merbau (kalau tak silap) di sebelah Changlun. Allah cuba Mahyuddin dengan sakit.Masa ini dia baru keluar daripada hospital dan buat pembedahan . Tarikh gambar 9 Jun 2014.
Hari ini, mahytuddin ini diuji lagi dengan sakit tersebut yang belum sembuh sepenuhnya. Semoga Allah berikan kekuatan.
Cikgu Safri dan Ustaz Bashah
![]() |
Cikgu safri |
![]() |
Ustaz Basyah |
Saja nak rekod. Dua orang guru masa saya sekolah di Sek. Men Agama Al-Khairiyyah. Cikgu Safri ajar sejarah. Dia pernah kata dalam kelas, kalau kita selalu solat hajat, kita umpama pacak tiang telefon siap-siap menuju Allah. Bila kita perlu sesuatu, kitapun solat hajat. Maka talian sudah ada. Tunggu dail sahaja..
Ustaz Basyah ni pula yang cabar saya supaya lulus BI masa tingkatan dua. Kerana cabarannya, saya beli kamus Inggeris dan mula hafaz sambil dok bela kerbau bapa tepi bendang. Bila result SRP keluar, saya lulus BI. Masa belajar di Sek menengah tu, guru BI kurang.
Terima kasih buat yang mendidik.
Friday, January 12, 2018
Thursday, January 11, 2018
Majlis Bacaan Yasin Hari Khamis.
Setiap Khamis, pagi sebelum pnp bermula, murid-murid dan guru serta staf-staf sekolah berkumpul di dewan dan membaca yasin
Sunday, January 7, 2018
Friday, January 5, 2018
JUMAAT PERTAMA DI MASJID NURUS SA'ADAH
Hari ini, dirasmikan Solat Jumaat pertama di masjid Masjid Nurussa'dah Ghairu Jamek
. Dengan dapat ditegakkan Solat Jumaat di masjid ini, besarlah rahmat
untuk warga setempat. Diharapkan terselamatlah sekian banyak warga
daripada terpaksa dan meninggalkan solat jumaat dengan alasan remeh.
Tahniah buat angkatan Jawatankuasa masjid dan juga pihak Pejabat Agama
Kulim yang mempercepatkan kelulusannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)