Friday, February 26, 2010
Friday, February 19, 2010
Ust Sukri dan ayah angkat
Ust Sukri Mat bersama ayah angkatnya di Kampung Perancangan. Mengenang zaman bujangan, di rumah ayah angkatnya inilah tinggal sambil menebar khidmat sebagai guru di SK. Kg Perancangan
Thursday, February 18, 2010
City Inn
Dragon Inn (Floating) penuh. Seafest Hotel, mahal sangat.Akhirnya menginap di City Inn di tengah pekan Semporna. RM52.00 sahaja semalam. Ada lagi penginapan seumpamanya di pekan Semporna seperti Mabul Inn dan Sipadan Inn
Wednesday, February 17, 2010
Tukar tayar kereta
Pada hari ini, 17 Februari 2010, aku akan membuat perjalanan ke IPJ Tawau di Balong, Tawau. Aku menukar tayar kereta walaupun tayar lama masih bagus. Ini kerana salah satu tayar lama itu mempunyai rekahan kecil dan selalui berkurangan anginnya. Dua tayar baru jenis Nikkien dengan harga RM185 satu. Dua tayar depan kutukar, jadi kos semua adalah RM370.00 Tak apalah..demi keselamatan perjalanan.
Tuesday, February 16, 2010
Gambar kenangan: Kursus Tahsin 2008
Kursus Tahsin Al-Quran 2008 di SMK Elopura 3, Sandakan. Dianjurkan oleh IPJ Tawau dan dihadiri oleh GPI Sandakan.
Monday, February 15, 2010
Thursday, February 11, 2010
Monday, February 8, 2010
Sunday, February 7, 2010
Masjid Daerah Sandakan yang tersergam di dataran tinggi tepi laut berhampiran kg. Sim Sim. Baru melalui proses pembaikan setelah mengalami kerosakan atap boarpun baru beberapa tahun dipakai. Masalah kontraktor yang membina masjid di negeri Sabah ini ialah tidak amanah dalam membangunkan rumah Allah. Kualiti barang yang digunakan amat meragukan. Hal yang sama pernah terjadi terhadap masjid Bandaraya di Likas, Sabah.
Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri
Masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri, merupakan masjid tertua di Sandakan. Dikenali juga secara mudah masjid bandar.Khabarnya nama Syeikh Hasbullah adalah nama seorang ulama yang menyebarkan Islam di Sandakan pada zaman kesultanan Sulu dulu.
Pokok Limau Purut
Aku tanam pokok limau purut di belakang rumah. Senang buat Tom Yam. Kalau beli kat Pasar, 10 sen sehelai.
Subscribe to:
Posts (Atom)