Wednesday, February 2, 2011

Iklan Carlsberg di Letat Jaya


 



Bandar Letat Jaya hampir siap dibangunkan dengan lot-lot rumah kedai dan kompleks pasar basah serta food court di tingkat atasnya. Kedudukan yang terletak di pinggir jalan pintas yang menghubungkan BDC dengan Batu 8 menjadikan sesiapa yang menggunakan jalan tersebut akan nampak dengan mudah bandar tersebut, terutama pasarnya yang tersergam dipinggir jalan. Malangnya, kedudukan pasar tersebut yang memaparkan iklan besar carlsberg menimbulkan tandatanya kepada orang ramai, khususnya ummat Islam yang prihatin. Tidak seharusnya iklan minuman keras dibenarkan untuk dipaparkan kepada orang ramai secara terbuka begitu. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mempunyai wewenang yang disalahgunakan apabila membenarkan pemasangan iklan sebegitu. Sepatutnya, menghormati keberadaan Malaysia yang menyebutkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, iklan tersebut tidak harus diletakkan di situ.  

Pihak yang terlibat harus menghentikan penghinaan  tersirat terhadap agama dan nilai-nilai moral mulia kemanusiaan yang boleh difahami daripada pemasangan iklan tersebut.  Langkah-langkah wajar perlu difikirkan bagi menyatakan keterkilanan terhadap iklan carlsberg  tersebut.


Tanah runtuh; Lumpur masuk ke surau.

Ternyata hujan lebat beberapa hari di Sandakan menimbulkan pelbagai kesan seperti banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang. Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan kg Berhala Darat, Sim-Sim menyebabkan lumpur memenuhi surah Al-Firqan yang terletak di pinggir jalan Sim Sim dan berhampiran tanah perkuburan di sana. Kejadian tanah runtuh yang serupa yang terjadi di bahagian tanah perkuburan menyebabkan beberapa kubur terbongkar. 

 

Surau  Al-Furqan, Kg Berhala Darat, Sim-Sim. 



 
Lumpur menerobos bahagiandepan mehrab










Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan gotong royong warga setempat